Friday, 21 September 2012

Bermulanya... pengembaraan seorang murabbi..


Dimulakan…
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang…

        Sejak aq memasuki IPG KAMPUS KENINGAU ni… di sinilah aq mendapat tarbiyah dari Allah SWT… Aq dapat merasakan kemanisan tarbiyah itu… tarbiyah yg selama ini aq cari… daripada tarbiyah ni lah… aq dapat bergaul rapat dengan kakak-kakak senior n sahabat2 se’Batch yg lain..

        Selepas sahaja selesai solat isyak.., seorang shbt aq telah mengajak ke satu program… yg mana aq dan dia perlu jd fasilitator kepada budak-budak sekolah rendah.. untuk pertama kalinya aq mendapat ajakan seperti itu.. aq teruja namun satu persoalan muncul di fikiran ku “mampu ka aq jd fasilitator?”.. “layakkah aq jadi contoh yg baik untuk budak-budak tu? sedangkan aq ni tidak la baik mana pun” emmm aq pun mulalah perah otak… dalam fikiran aq ingin menolak ajakan tu… tp hatiku kuat mengatakan “bila lagi ada peluang keemasan ini… ini yg aq cari-cari selama ni”.. Alhamdulillah Allah bgi petunjuk supaya kuatkan hati untuk ke program tu juga…

        Sahabat aq pun excited juga hendak ke program tu… Alhamdulillah Allah hantarkan teman untuk aq bersama-sama dalam melalui tarbiyah ini.  aq dan sahabatku setuju dengan saling memperingatkan niat masing-masing ke program tersebut.. adalah kakak senior (kak jijie) yang berpesan “perbetulkan niat sebelum ke program tu, program tu untuk mendidik diri sendiri juga dan belajar ilmu Allah”.
        Program tu dianjurkan di Randagong, Ranau Sabah. Sepanjang perjalanan dari Keningau ke Randagong tu, ter’ngiang-ngiang pesanan kak jijie… sebaik sahaja sampai ke tempat program, aq teruja dengan keadaan sekeliling masjid Randagong yang sejuk, nyaman… udaranya masih segar lagi… gunung kinabalu pun jelas kelihatan dari tempat itu.  Program tu telah dianjurkan oleh Kelab Remaja Hijri, tema program pada kali ini ialah “KEM CINTA MASJID SIRI KELIMA” walaupun tema program ini siri yang kelima namun bagiku ini adalah siri yang pertama dalam hidupku dan bermulanya pengembaraanku..




        Pada hari pertama program, sesi taaruf bersama fasilitator dan urusetia yang lain diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim… sebagai seorang fasi ada adik-adik yang telah diamanahkan supaya menjadi contoh kepada mereka, membantu mereka mengenal keindahan Islam, mengjar mereka.. tapi bagi aq, aq juga telah mengajar diri aq sendiri. Kata orang, telinga sendiri yang paling dekat dengan mulut kita.





        Aq melihat dari raut wajah ‘adik-adik’ aq.. dengan penuh yakin mereka berharap sesuatu dari aq, ingin belajar sesuatu.  Kami bersama ‘adik-adik’ aq selama tiga hari dua malam, walaupun hanya sebentar shaja, namun banyak pengalaman yang kami lalui bersama, belajar bersama… di hari terakhir program tersebut yang mana kami berpisah, aq ke Keningau, ada yang ke Tambunan, ada yang ke Kinarasan dan  yang tinggal di Randagong.. perjalanan pulang diiringi sebak di dada…





aq hanya mampu berdoa agar perpisahan ini akan bermulanya pertemuan di syurga… amin ya Rabb… kenangan ini sangat bermakna bagi aq, kerana di sinilah bermulanya pengembaraan seorang murabbi.. insyaAllah…

Thursday, 20 September 2012

Mengapa Kita Perlu Cintakan Allah SWT?


Jawapannya mudah kerana Allah SWT paling mencintai kita….




Di subuh yg sunyi, aman dan tenang, Diri ini terus melangkah untuk melihat hasil ciptaan kekasihQ. Subhanallah… kekasihQ ini sangat kaya dan kreatif.. Pada masa itu, aq ajak sahabatQ utk menunjukkan hasil karya kekasihQ. Sahabatku jg turut memuji..



selangkah demi selangkah.. aq dan shbtku menuruni jalan di samping beriadah.. dan sampai shja ke tempat yg d tuju kami duduk.. dan salah seorg shbtku btnya.. apa yg tlh kmu dpt drpada td yg telah kamu lakukan?.. aq terfikir sejenak.. (aq dapat merasakan ketenangan) hatiku menjawab.. shbt ku yang lain mengatakan sy dapat melihat ciptaan Allah, sangat tenang, best, menghirup udara segar, nikmat… aq hanya mampu terdiam kerana ketenangan yg aq rasa tidak dapat di ungkapkan dengan kata2, diri ini terus berfikir nikmatNya tidak terhitung.

semasa berbual-bual.. aq sangt tertarik dgn kata-kata seorang shbtku.. terlalu bnyak dunia dalam hati kita… dunia???
Dulu para sahabat berkata ‘buatlah kerja akhirat jangan sampai tinggalkan dunia..’ tapi bila fikir kehidupan kita sekarang seperti ‘buatlah kerja dunia jangan sampai tinggalkan akhirat’… aq pn terfikr… betul statement tu,,, terlalu banyak dunia dalam hati kita..
 terutamanya bila musim2 exam… hmmm… aq pn pernah terfikir kalau tidak lulus exam… tiada masa depan la aku… shbtku pesan… exam bukan penentu masa depan kita… kalau gagal tidak smestinya kita dapat meneruskan hidup, jatuh miskin… banyak lagi cara.. perlu dekatkan diri pda kekasih kita… berjalan kita mendekatiNya, berlari dia mendekati kita…
drpda pesanan shbt ku itu, aq akan cuba terus menerus memperbetulkan niat dalam bljr… bljr bukan sebab exam,,, Study lillahi ta’ala… tp kadang2 niat tu tersasar semula… tu la aq mesti refresh selalu niat tu…
slalu d pesan “kita buat sesuatu mestilah bmula dgn niat yg betul (kerana Allah), klu niat kita betul insyaAllah sesuatu yg kita hendak buat tu bjaya” pesan ni slalu trngiang2 d kepala ku….
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesiapa yang cinta kerana Allah SWT dan benci kerana Allah SWT, memberi kerana Allah SWT dan tidak memberi kerana Allah SWT, maka sempurnalah imannya” (riwayat Abu Daud)

Peringatan untuk diri sendiri : Emmm… daripada tu aq dpt sesuatu iaitu BUKAN SEMUA CINTA ITU MAHMUDAH, BUKAN SEMUA BENCI ITU MAZMUMAH… ^_^ (senyum xperlu kata apa2)
By-layar_keinsafan

Hijrah...


HiJrah…..
Hijrah??? Emmm hijrah apa??? Kata orang… hijrah perlukan pengorbanan…. Betul, hijrah perlukan pengorbanan zahir dan batin…. Heeeee….
Hijrah ni perpindahan, perubahan…. Dari kampung ke bandar, dari kecil ke besar, dari sini ke sana, dari Lahad Datu ke Keningau… hehe banyak yang kita boleh faham tentang hijrah…
tapi kali ni hijrah yang aq cari-cari selama ni berada d depan mataku… yang memberi ketenangan…. Yang perlu aq kejar dan capai.. dan jika aq biar ia berjalan sendiri tidak mgkin aq dpt temui semula di depan mataku…


perasaan ni sdah lama aq pendam sejak dari aq tingkatan lg… tp aq x ambil berat tentang perasaan ni… aq biarkan perasaan ini hanyut di tengah lautan… sehinggalah aq berada d sesuatu tmpat, tempat aq berpijak sekarang..  kawasannya sejuk skit dr tmpat asalku… yang mana d pagi hari mulalah embun turun ke tengah bangunan…
hari tu aq pernah ikut program… aq dengar pelbagai jawapan tentang hijrah apabila aq tanya remaja muslimin dan muslimat…. Apa itu Hijrah??? Ada yang jawab… “transformasi Hati”… “perubahan”… kawan aq pn tanyalah… “perubahan sahaja?, jadi klu dulu solat berubah kepada tidak solat itu hijrahlah?” mereka pun mulalah berfikir semula… “hijrah tu perubahan ke arah yang baik”..
surah at-Taubah ayat 41 yang bermaksud : Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
Daripada ayat ni, aq dapat faham…  biarpun sesuatu perkara yang baik itu berat aq maw buat, aq kena paksa juga, biarlah orang cakap aq ni tidak ikhlas, keikhlasan tu akan datang sikit demi sedikit. Aq pernah baca dalam sbuah novel tu.. tajuknya  Cinta Kembali Bertasbih… memang banyak dapat input dari novel ni… yang aq ingat kata ustadz tu beri nasihat dengan seorang pemuda, kalau kita betul2 maw berubah  jangan hiraukan pandangan orang lain, yang penting pandangan Allah dengan kita..  kalau kita berubah kerana manusia tidak akan berkekalan perubhan tu..


Dalam novel tu, dia ada bagi contoh sebiji epal hijau…. Sebiji epal ni masih segar dan belum dipetik dari pokoknya.. lalu ada seorang manusia yang mendekati epal hijau itu dan berkata “merahlah kaw epal, merahlah”  berjuta kali pun pemuda itu mengulangi kata-katanya terhadap epal itu, warna epal itu tidak akan berubah jika bukan dengan izin Allah swt… MasyaAllah…
Contoh yang kedua seorang pemuda ni dituduh mencuri oleh orang ramai, namun hanya dia dan Allah sahaja yang tahu bahawa dia tidak melakukan perbuatan terkutuk itu... berhak kah manusia untuk menentukan pemuda itu berdosa???? Daripada persoalan itu aq mengambil pengajaran , untuk melakukan sesuatu itu kerana Allah,  untuk melakukan sesuatu sama ada baik atau buruk itu aq mesti ingat bahawa Allah sentiasa melihat aq….
Perubahan itu tidak perlu drastik, sebab apabila kita melakukan perubahan bermula dengan perkara-perkara yang berat kita akan penat… kemudian apabila kita sudah terlalu penat kita akan berhenti di tengah perjalanan… oleh itu biarlah kita berubah bermula dengan perkara yang kecil dulu tetapi istiqamah… insyaAllah Allah akan bantu kita… bila mana kita betul-betul ingin berubah ke arah yang baik keranaNya, Allah akan menghantar orang yang baik-baik untuk kita.. insyaAllah...

peringatan untuk diri sendiri: senyum xperlu kata apa2… (n_n)

~~~ aq harus ingat, pujian orang lain terhadap perubahanku kerana Allah swt mahu tutup aib aq…  saudara islam ku… doakan agar dikuatkan iman  diri yang lemah ini…wallahualam…