Thursday, 20 September 2012

Mengapa Kita Perlu Cintakan Allah SWT?


Jawapannya mudah kerana Allah SWT paling mencintai kita….




Di subuh yg sunyi, aman dan tenang, Diri ini terus melangkah untuk melihat hasil ciptaan kekasihQ. Subhanallah… kekasihQ ini sangat kaya dan kreatif.. Pada masa itu, aq ajak sahabatQ utk menunjukkan hasil karya kekasihQ. Sahabatku jg turut memuji..



selangkah demi selangkah.. aq dan shbtku menuruni jalan di samping beriadah.. dan sampai shja ke tempat yg d tuju kami duduk.. dan salah seorg shbtku btnya.. apa yg tlh kmu dpt drpada td yg telah kamu lakukan?.. aq terfikir sejenak.. (aq dapat merasakan ketenangan) hatiku menjawab.. shbt ku yang lain mengatakan sy dapat melihat ciptaan Allah, sangat tenang, best, menghirup udara segar, nikmat… aq hanya mampu terdiam kerana ketenangan yg aq rasa tidak dapat di ungkapkan dengan kata2, diri ini terus berfikir nikmatNya tidak terhitung.

semasa berbual-bual.. aq sangt tertarik dgn kata-kata seorang shbtku.. terlalu bnyak dunia dalam hati kita… dunia???
Dulu para sahabat berkata ‘buatlah kerja akhirat jangan sampai tinggalkan dunia..’ tapi bila fikir kehidupan kita sekarang seperti ‘buatlah kerja dunia jangan sampai tinggalkan akhirat’… aq pn terfikr… betul statement tu,,, terlalu banyak dunia dalam hati kita..
 terutamanya bila musim2 exam… hmmm… aq pn pernah terfikir kalau tidak lulus exam… tiada masa depan la aku… shbtku pesan… exam bukan penentu masa depan kita… kalau gagal tidak smestinya kita dapat meneruskan hidup, jatuh miskin… banyak lagi cara.. perlu dekatkan diri pda kekasih kita… berjalan kita mendekatiNya, berlari dia mendekati kita…
drpda pesanan shbt ku itu, aq akan cuba terus menerus memperbetulkan niat dalam bljr… bljr bukan sebab exam,,, Study lillahi ta’ala… tp kadang2 niat tu tersasar semula… tu la aq mesti refresh selalu niat tu…
slalu d pesan “kita buat sesuatu mestilah bmula dgn niat yg betul (kerana Allah), klu niat kita betul insyaAllah sesuatu yg kita hendak buat tu bjaya” pesan ni slalu trngiang2 d kepala ku….
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesiapa yang cinta kerana Allah SWT dan benci kerana Allah SWT, memberi kerana Allah SWT dan tidak memberi kerana Allah SWT, maka sempurnalah imannya” (riwayat Abu Daud)

Peringatan untuk diri sendiri : Emmm… daripada tu aq dpt sesuatu iaitu BUKAN SEMUA CINTA ITU MAHMUDAH, BUKAN SEMUA BENCI ITU MAZMUMAH… ^_^ (senyum xperlu kata apa2)
By-layar_keinsafan

No comments:

Post a Comment