Dimulakan…
Dengan nama Allah
yang Maha Pengasih dan Penyayang…
Sejak aq memasuki IPG KAMPUS KENINGAU
ni… di sinilah aq mendapat tarbiyah dari Allah SWT… Aq dapat merasakan
kemanisan tarbiyah itu… tarbiyah yg selama ini aq cari… daripada tarbiyah ni
lah… aq dapat bergaul rapat dengan kakak-kakak senior n sahabat2 se’Batch yg
lain..
Selepas sahaja selesai solat isyak..,
seorang shbt aq telah mengajak ke satu program… yg mana aq dan dia perlu jd
fasilitator kepada budak-budak sekolah rendah.. untuk pertama kalinya aq
mendapat ajakan seperti itu.. aq teruja namun satu persoalan muncul di fikiran
ku “mampu ka aq jd fasilitator?”.. “layakkah aq jadi contoh yg baik untuk
budak-budak tu? sedangkan aq ni tidak la baik mana pun” emmm aq pun mulalah
perah otak… dalam fikiran aq ingin menolak ajakan tu… tp hatiku kuat mengatakan
“bila lagi ada peluang keemasan ini… ini yg aq cari-cari selama ni”..
Alhamdulillah Allah bgi petunjuk supaya kuatkan hati untuk ke program tu juga…
Sahabat aq pun excited juga hendak ke
program tu… Alhamdulillah Allah hantarkan teman untuk aq bersama-sama dalam
melalui tarbiyah ini. aq dan sahabatku
setuju dengan saling memperingatkan niat masing-masing ke program tersebut..
adalah kakak senior (kak jijie) yang berpesan “perbetulkan niat sebelum ke
program tu, program tu untuk mendidik diri sendiri juga dan belajar ilmu
Allah”.
Program tu dianjurkan di Randagong,
Ranau Sabah. Sepanjang perjalanan dari Keningau ke Randagong tu,
ter’ngiang-ngiang pesanan kak jijie… sebaik sahaja sampai ke tempat program, aq
teruja dengan keadaan sekeliling masjid Randagong yang sejuk, nyaman… udaranya
masih segar lagi… gunung kinabalu pun jelas kelihatan dari tempat itu. Program tu telah dianjurkan oleh Kelab Remaja
Hijri, tema program pada kali ini ialah “KEM CINTA MASJID SIRI KELIMA” walaupun
tema program ini siri yang kelima namun bagiku ini adalah siri yang pertama
dalam hidupku dan bermulanya pengembaraanku..
Pada hari pertama program, sesi taaruf
bersama fasilitator dan urusetia yang lain diadakan bagi mengeratkan lagi
hubungan silaturahim… sebagai seorang fasi ada adik-adik yang telah diamanahkan
supaya menjadi contoh kepada mereka, membantu mereka mengenal keindahan Islam,
mengjar mereka.. tapi bagi aq, aq juga telah mengajar diri aq sendiri. Kata
orang, telinga sendiri yang paling dekat dengan mulut kita.
Aq melihat dari raut wajah ‘adik-adik’
aq.. dengan penuh yakin mereka berharap sesuatu dari aq, ingin belajar
sesuatu. Kami bersama ‘adik-adik’ aq
selama tiga hari dua malam, walaupun hanya sebentar shaja, namun banyak
pengalaman yang kami lalui bersama, belajar bersama… di hari terakhir program
tersebut yang mana kami berpisah, aq ke Keningau, ada yang ke Tambunan, ada
yang ke Kinarasan dan yang tinggal di
Randagong.. perjalanan pulang diiringi sebak di dada…
aq hanya mampu berdoa agar perpisahan ini akan bermulanya pertemuan di syurga… amin ya Rabb… kenangan ini sangat bermakna bagi aq, kerana di sinilah bermulanya pengembaraan seorang murabbi.. insyaAllah…
aq hanya mampu berdoa agar perpisahan ini akan bermulanya pertemuan di syurga… amin ya Rabb… kenangan ini sangat bermakna bagi aq, kerana di sinilah bermulanya pengembaraan seorang murabbi.. insyaAllah…
insyaAllah...
ReplyDeletekak doakan semoga adik kaka ni akan terus dibimbing oleh Allah untuk meneruskan perjuangan mendidik diri ke arah jalan yang di redhai Allah. pengalaman yang hampir sama dengan kaka suatu ketika dulu.. ketika pertama kali diseru untuk mengenali diri sendiri dengan ajakan daripada seorang kakak juga seorang sahabat yang ingin melihat kakak berubah menjadi insan yang lebih baik.
namun, keinginan tu akan berubah sekiranya kita tidak tetapkan iman dan hati untuk terus menjadi lebih baik dari semalam. macam yang kita tahu, iman kita tidak akan selalu tetap...ianya akan naik dan turun... suatu yang sangat kaka sesali dengan diri kaka. kaka kerap jatuh dan untuk bangkit semula memerlukan kekuatan yang tidak dapat dirasa oleh fizikal. ianya hanya boleh dirasa melalui iman yang kita ada.
kak nasihatkan...janganlah jadi macam kaka. kejatuhan diri kaka banyak mengajar kaka untuk berdiri semula. namun, untuk bangkit kembali tidaklah semudah yang kaka sangka. sebab kejatuhan kaka bukanlah dari tahap yang sama. setiap tahap yang kaka lalui sering menyandung kaki kaka menyebabkan kaka jatuh tersungkur...
kekuatan untuk bangkit itu tidak diraih dengan hanya kekuatan fizikal sayang... kekuatan itu datang dengan iman, keinginan, dan doa para sahabat. seorang yang bergelar sahabat dan kakak pernah berpesan kepada kaka, berdampinglah dengan sahabat2 solehah supaya dapat membendung dan memelihara diri daripada terjebak dengan perkara2 yang tidak baik. apapun, kak bukanlah nak katakan yang adik punya sahabat yang solehah dan adik boleh bersenang hati dengan itu, tapi saling membimbing antara satu sama lain. walau sesolehah atau setaat dan sepatuh apa pun sahabat kita, mereka tidak akan terlepas daripada ujian Allah dan tidak mustahil mereka juga sedang tersungkur. bimbinglah mereka di samping membimbing diri adik sendiri. kaka doakan semoga adik dan sahabat2 yang lain akan terus berada dalam rahmat Allah SWT.amin.
salam sayang dari kaka.
insyaAllah kak, terima kasih atas bimbingan kakak dari dulu smpai lah sekarang... kakak tidak pernah jemu untuk memberi nasihat-nasihat... smoga iman di dada kita yang dapat ditingkatkan biarpun sedikit.. DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG...Ya ALLAH TEGUHKAN IMAN DI DADA KAMI, KUATKANLAH PEGANGAN KAMI PADA TALI AGAMAMU YA ALLAH AGAR HATI-HATI KAMI SENTIASA BERSATU DALAM SATU KALIMAH IMANMU... amin... insyaAllah kak.. sama-sama kita saling ingat memperingti... Zainab Al Jahsy... n_n
ReplyDelete