Thursday, 20 September 2012

Hijrah...


HiJrah…..
Hijrah??? Emmm hijrah apa??? Kata orang… hijrah perlukan pengorbanan…. Betul, hijrah perlukan pengorbanan zahir dan batin…. Heeeee….
Hijrah ni perpindahan, perubahan…. Dari kampung ke bandar, dari kecil ke besar, dari sini ke sana, dari Lahad Datu ke Keningau… hehe banyak yang kita boleh faham tentang hijrah…
tapi kali ni hijrah yang aq cari-cari selama ni berada d depan mataku… yang memberi ketenangan…. Yang perlu aq kejar dan capai.. dan jika aq biar ia berjalan sendiri tidak mgkin aq dpt temui semula di depan mataku…


perasaan ni sdah lama aq pendam sejak dari aq tingkatan lg… tp aq x ambil berat tentang perasaan ni… aq biarkan perasaan ini hanyut di tengah lautan… sehinggalah aq berada d sesuatu tmpat, tempat aq berpijak sekarang..  kawasannya sejuk skit dr tmpat asalku… yang mana d pagi hari mulalah embun turun ke tengah bangunan…
hari tu aq pernah ikut program… aq dengar pelbagai jawapan tentang hijrah apabila aq tanya remaja muslimin dan muslimat…. Apa itu Hijrah??? Ada yang jawab… “transformasi Hati”… “perubahan”… kawan aq pn tanyalah… “perubahan sahaja?, jadi klu dulu solat berubah kepada tidak solat itu hijrahlah?” mereka pun mulalah berfikir semula… “hijrah tu perubahan ke arah yang baik”..
surah at-Taubah ayat 41 yang bermaksud : Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
Daripada ayat ni, aq dapat faham…  biarpun sesuatu perkara yang baik itu berat aq maw buat, aq kena paksa juga, biarlah orang cakap aq ni tidak ikhlas, keikhlasan tu akan datang sikit demi sedikit. Aq pernah baca dalam sbuah novel tu.. tajuknya  Cinta Kembali Bertasbih… memang banyak dapat input dari novel ni… yang aq ingat kata ustadz tu beri nasihat dengan seorang pemuda, kalau kita betul2 maw berubah  jangan hiraukan pandangan orang lain, yang penting pandangan Allah dengan kita..  kalau kita berubah kerana manusia tidak akan berkekalan perubhan tu..


Dalam novel tu, dia ada bagi contoh sebiji epal hijau…. Sebiji epal ni masih segar dan belum dipetik dari pokoknya.. lalu ada seorang manusia yang mendekati epal hijau itu dan berkata “merahlah kaw epal, merahlah”  berjuta kali pun pemuda itu mengulangi kata-katanya terhadap epal itu, warna epal itu tidak akan berubah jika bukan dengan izin Allah swt… MasyaAllah…
Contoh yang kedua seorang pemuda ni dituduh mencuri oleh orang ramai, namun hanya dia dan Allah sahaja yang tahu bahawa dia tidak melakukan perbuatan terkutuk itu... berhak kah manusia untuk menentukan pemuda itu berdosa???? Daripada persoalan itu aq mengambil pengajaran , untuk melakukan sesuatu itu kerana Allah,  untuk melakukan sesuatu sama ada baik atau buruk itu aq mesti ingat bahawa Allah sentiasa melihat aq….
Perubahan itu tidak perlu drastik, sebab apabila kita melakukan perubahan bermula dengan perkara-perkara yang berat kita akan penat… kemudian apabila kita sudah terlalu penat kita akan berhenti di tengah perjalanan… oleh itu biarlah kita berubah bermula dengan perkara yang kecil dulu tetapi istiqamah… insyaAllah Allah akan bantu kita… bila mana kita betul-betul ingin berubah ke arah yang baik keranaNya, Allah akan menghantar orang yang baik-baik untuk kita.. insyaAllah...

peringatan untuk diri sendiri: senyum xperlu kata apa2… (n_n)

~~~ aq harus ingat, pujian orang lain terhadap perubahanku kerana Allah swt mahu tutup aib aq…  saudara islam ku… doakan agar dikuatkan iman  diri yang lemah ini…wallahualam…

1 comment:

  1. Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. [at-taubah:ayat 41]

    pengajaran yang sangat bermakna.. :')

    tajuk: Hijarah Bukan Melarikan Diri juga sangat memberi kesan yang mendalam untuk diri kaka. :')

    semoga mendapat manfaat.

    ReplyDelete